Masjid & surau Wilayah Persekutuan disaran buat solat hajat tiga hari berturut2
Semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran melaksanakan solat hajat selepas solat Maghrib selama tiga hari berturut-turut mulai hari ini.
Solat hajat, minta Malaysia selamat
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Mohd Ajib Ismail berkata solat sunat hajat yang disaran diadakan pada 7, 8 dan 9 Okt itu bertujuan memohon dilindungi dan dihindari daripada penularan wabak COVID-19.
“Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT sentiasa melindungi negara Malaysia tercinta daripada wabak merbahaya ini…”
“Mengurniakan kesembuhan bagi semua yang telah dijangkiti serta mempermudahkan urusan semua pihak bagi mendepani ujian ini…”
Sumber: Bernama