Dakwah Allahyarhamah Siti Hajar Menuju Detik Kem4tian
Kisah ini diambil dari kisah benar seorang pelajar yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir yang kini telah kembali kerahmatullah berjumpa Ilahi.
Sama-sama kita membaca kisah-kisah terakhir beliau sebelum pergi dan sedekahkan surah Al-Fatihah untuk adik Siti Hajar. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.
“Mak tulis ya, biar tak lupa, nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak t4k panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak.”
Itu antara permintaan terakhir Siti Hajar Ahmad Sabir, 20 tahun, pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang bert4rung nyawa selama dua minggu di Hospital Melaka selepas terbabit dalam kem4langan di Solok Duku, Masjid Tanah, di sini,6 Januari lalu, kepada ibunya, Noraini Che Mat, 46 tahun.
Kisah kecekalan Siti Hajar yang menghembuskan n4fas terakhir pada jam 9.20 pagi, 20 Januari 2012, menarik perhatian ramai warganet apabila rentetan pengalaman hari-hari terakhir arw4h tersebar di laman sosial Facebook selain turut dikongsi menerusi blog dan forum di Internet.
Noraini berkata, kisah hari-hari terakhir arw4h pada asalnya adalah kandungan SMS diberikannya kepada rakan Siti Hajar, Nur Nadia Zakaria, 22 tahun.
Menurutnya, ia kemudian dimuat naik ke blog milik Nur Nadia untuk dikongsi bersama rakan lain.
“Disebabkan arw4h dimasukkan ke wad rawatan rapi (ICU), tidak ramai dapat menziarahinya, sebab itu saya berkongsi keadaan Siti Hajar setiap hari dengan Nadia.
“Malah, arw4h sendiri mahu pengalamannya yang menerima bantuan Allah SWT sepanjang terlantar di hospital dikongsi bersama orang lain kerana baginya itu dakwah terakhir yang dapat disampaikan sebelum meningg4l dunia,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya, di sini, semalam.
Siti Hajar terbabit dalam kemal4ngan pada 6 Januari, apabila kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke UTeM dari rumah datuknya, Ab Jamal Kudus, 68 tahun di Ramuan China Kechil, Lubuk China terbabas.
Kemal4ngan itu mengakibatkan Siti Hajar pat4h kaki kiri dan berisiko lumpvh selepas tulang belakangnya retak dan saraf tunjangnya ceder4. Turut bersamanya di dalam kenderaan itu ialah tiga rakan sebayanya iaitu Wan Norsolehah Gaberan yang memandu, Azizue Hasnie Abd Zubair, parah manakala seorang lagi, Tasnim Kamardin @ Kamaruddin cedera ringan.
Noraini berkata, sepanjang dirawat di hospital, Siti Hajar yang juga anak sulung daripada tujuh beradik tidak pernah menyesali nasib menimpanya, sebaliknya menganggap setiap yang berlaku sebagai nikmat daripada Allah SWT.
Dia berkata, minggu pertama selepas kemalangan arwah menunjukkan tindak balas positif dan ditempatkan di wad biasa selepas keadaannya semakin stabil.
“Apabila dia semakin sihat saya terangkan keadaan kesihatannya yang akan lumpuh sementara kerana saraf tunjangnya ceder4, tiada air mata setitis pun keluar sebaliknya arwah cukup tenang dan reda.
“Namun, masuk minggu kedua, keadaan kesihatannya makin merosot kerana beberapa organ gagal berfungsi akibat kecederaan saraf tunjang, namun tidak sedikit pun dia mengeluh, sebaliknya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Arw4h turut beberapa kali memberikan petanda akan meningg4lkan mereka sekeluarga seperti terhidu bau wangi dan mendengar seruan seakan-akan memanggil namanya.
Noraini berkata, pada 19 Januari lalu keadaan arwah semakin kritikal apabila disahkan ususnya b0cor, buah pinggang tidak berfungsi dan paru-parunya dijangkiti kuman.
“Keesokan hari tepat jam 9.20 pagi Siti Hajar menghembuskan n4fas terakhir di dalam dakapan saya dan suami, Ahmad Sabir Ibrahim, 48 tahun” katanya.
Sumber storymorycixumiee.