Bekas pemain ragbi kebangsaan, Hisham Abdul Rahman meninggal dunia
Arena ragbi negara kehilangan bekas pemain kebangsaan yg pernah menjadi Exco Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Hisham Abdul Rahman selepas beliau menghembuskan nafas terakhirnya, hari ini.
Allahyarham Hisham yg pernah mewakili pasukan kebangsaan pada era 70 hingga 80-an & pernah beraksi di Kejohanan ARFU serta Sukan SEA 1979, kembali ke rahmatullah di pusat perubatan KPJ Damansara, pagi tadi pada usia 72 tahun.
“Dukacita dimaklumkan bahawa, Hisham Abdul Rahman, mantan Exco KRM di bawah Presiden Datuk Zaman Khan kembali ke rahmatullah sebentar tadi di KPJ Damansara.
“Allahyarham adalah bekas pemain ragbi kebangsaan era 70an & 80an di posisi fullback & pernah mewakili negara ke Kejohanan ARFU & Sukan SEA 1979,” kata KRM dalam satu makluman kepada media.
“Allahyarham juga turut pernah menyandang jawatan naib presiden kehormat KRM di bawah Presiden Datuk Wira Amiruddin Embi & dipilih sebagai Exco ARFU bagi sesi 2012/2013.
“Allahyarham juga seorang pemain yg aktif di peringkat kelab tempatan antaranya Anchorman & mewakili UM Blues semasa menyambung pelajaran di Universiti Malaysia UM).”
Lahir pada 29 September 1950 di Johor Bahru, Allahyarham berhijrah dari Johor Bahru & mula menyertai pasukan Cobra & seterusnya ke Kelab Anchorman sebagai salah seorang pengasas kelab berkenaan & kemudian menubuhkan Kuala Lumpur Rugby Union (KLRU).
“Allahyarham juga adalah mantan Pengarah Urusan TV3. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat & ditempatkan bersama orang-orang yg beriman & beramal soleh,” menurut kenyataan itu lagi.