“Saya akan lakukan dengan kuasa..-Isteri TMJ mahu bantu Bella tuntut keadilan

 


“Saya akan lakukan dengan kuasa..-Isteri TMJ mahu bantu Bella tuntut keadilan

Perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun menjadi semakin ‘pan4s’ apabila salah seorang barisan peguambela memuat naik sekeping foto bersama anak guamnya itu di laman Twitter.

Foto tersebut membuatkan natizen kurang senang apatah lagi melihat mereka seolah-olah gembira ketika sebelah pihak lagi, remaja sindrom down Bella menderita akibat d4kwaan did3ra.

Terbaru, isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam turut tampil bersuara berhubung kes berkenaan menerusi InstaStory miliknya, semalam.

Menurut Che’ Puan Khaleeda, melalui kuasa yang dimiliki, beliau berhasrat untuk membantu dengan melakukan apa sahaja demi menegakkan keadilan bagi pihak remaja berusia 13 tahun itu.

Malah, beliau mengakui turut terkesan dengan kes berkenaan apatah lagi terdapat segelintir pihak yang disifatkan ‘peng3cut’ mahu ‘melarikan diri’ atas kesalahan dilakukan.

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella. Saya kecewa dan letih melihat si pengecvt yang berfikir mereka boleh buat apa saja terhadap kanak-kanak teraniaya,” tulisnya.

“Kamu boleh bersembunyi di sebalik tentera peguam tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan akhirat,” ujarnya.

Terdahulu, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertvduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan m4ngsa mengalami kec3deraan fizik4l serta emos!.

Sumber: Instagram Che’ Puan Khaleeda / OMM