Tertekan Suami Akan Kahwin Lagi, Ibu Hamil Nangis Doktor Marah Kandungan Kecil


Tertekan Suami Akan Kahwin Lagi, Ibu Hamil Nangis Doktor Marah Kandungan Kecil

Bukan sahaja dari aspek pemakanan, malahan emosi seorang wanita hamil juga sangat perlu dijaga agar tidak memberikan kesan kepada tumbesaran bayi dalam perut. Kepada para suami khususnya, mereka sewajarnya menjadi pendamping terbaik di samping membuat persediaan rapi untuk menyambut cahaya mata baru.

Doktor kata bayi kecil daripada kandungan…Saiz pun kurang

Dalam video pendek itu, dia terlihat menangis gara-gara hasil pemeriksaan kandungannya yang berusia 7 bulan agak merisaukan. Jelas doktor dalam nada marah, saiz bayi Puan Syashatan lebih kecil daripada usia terkini manakala beratnya juga kurang normal. Merasa serba salah tekanan yang dihadapi ibarat menjejaskan zuriat tersebut, wanita tersebut sempat meminta maaf.

Hari ini check-up detail 7 bulan lebih…Mummy tak minta ujian begini masa mengandung

Pun begitu, tidak semua ibu hamil merasa detik bertuah dimanjakan dan dihargai oleh pasangan mereka dalam fasa ini. Bagi wanita bernama Puan Syashatan ini, dia sempat berkongsikan rasa sedih kerana rumah tangganya seakan-akan sedang diuji dengan berat. Difahamkan, suaminya sudah merancang untuk kahwin baru dan isu ini benar-benar meranapkan tahap emosinya selaku seorang isteri.

klik video disini

ya allah mmy dh jaga baik dh,maafkn mmy overstress! mmy xminta pn dugaan mcmni bila tgh mengandung

Jadilah ibu yang kuat untuk anak-anak…Anak lagi berharga daripada suami yang tak tahu menghargai

Pernah mengalami dugaan yang sama, para netizen memberikan sokongan positif semoga wanita ini dapat menguatkan semangat demi kebaikan anak yang bakal lahir tidak lama lagi. Sejak dimuat naik, video sebak itu sudah meraih lebih 800 ribu jumlah tontonan di laman TikTok.

Sumber : syashatan95