Puan Hazizah maut, ” Dia & suami kemalangan otw hantar cucu sekolah ”

 


Seorang wanita m4ut manakala suami dan cucunya cedera setelah motosikal ditunggang mereka bergesel dengan sebuah lori di Jalan Chepor di sini pagi tadi.

Difahamkan, kejadian sekitar pukul 7.30 pagi itu berlaku ketika m4ngsa, Siti Hazizah Ismail, 57, dan suami dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar cucu mereka ke sekolah.

Pasangan itu dikatakan berpatah balik ke rumah bersama kanak-kanak itu selepas mendapati sesi persekolahan ditutup hari ini.

Takziah buat keluarga encik nazri atas kehilangan wifenya pagi tadi. En Nazri dan wife pernah ikut trip saya ke kota kinabalu & kundasang. Mereka juga tahu saya agent hartanah & meminta saya untuk jualkan rumah mereka di Bukit Jalil.

Mohon sedekahkan Al- Fatihah buat kak Siti Hazizah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Buat en nazri, semoga dipermudahkan segala urusan- Hamisah Zaini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ketika kejadian motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang suami isteri bersama cucu perempuan berusia sembilan tahun itu dalam perjalanan dari arah Meru ke Chemor.

Katanya, sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan lalu bergesel dengan tayar belakang lori yang datang dari arah Tronoh.

Kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga m4ngsa jatuh di atas jalan. Penunggang motosikal berusia 59 tahun dan cucunya cedera ringan manakala pembonceng pula p4rah di kepala.

M4ngsa disahkan maut di tempat kejadian dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.Al fatihah.