Gadis Ini Peluk Islam Selepas Kaji Agama Terdahulu, Menangis Pertama Kali Pakai Tudung & Rasa Lebih Selamat
Keterujaan gadis ini turut dirasai Norhaifaa Hadi, 18 tahun yang baru sahaja memeluk agama Islam pada 24 April lalu.
Kisah penuh inspirasi gadis dari Filipina itu meraih hampir sejuta tontonan di TikTok dan turut tular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dia yang senang disapa Haifaa sempat memperincikan semula kisah perjalanannya dalam mengenal agama Islam sehingga melafazkan dua kalimah syahadah, beberapa hari lalu.
“Saya tak jangka akan viral. Saya cuma nak kongsi cerita. Saya kini menetap di Bandar Taguig dan merupakan pelajar di sebuah kolej di Manila.
“Pada tahun lepas, ada seorang individu mengeluarkan kenyataan mengenai agama asal saya iaitu Kr1stian. Jadi saya nak membaca dan buat kajian, untuk membuktikan kata-katanya salah.
“Selepas buat pencarian, saya dapati hasilnya bertent4ngan dengan kepercayaan saya. Rupa-rupanya saya yang silap dengan pembacaan saya sebelum ini. Apabila pergi lebih mendalam, perlahan-lahan saya mula berminat dengan Islam.
“Tapi saya tak berhenti. Saya baca sejarah, tonton deb4t dan ceramah sehinggalah hati ini mula menerima Islam. Saya juga ada mendekati beberapa orang Islam untuk mendapatkan kefahaman dan nasihat mengenai agama ini,” ujar pemilik nama sebenar Baby Alyssa Mae itu.
Ujar Haifaa pada mulanya keluarga agak sukar menerima keputusan itu, namun dia tidak berhenti berdoa agar semua urusan dalam mendalami agama Islam dipermudahkan.
“Permulaan saya mengenal Islam tidak dipengaruhi sesiapa. Perjalanan ini hanya saya yang tahu. Ramai yang terkɛjut apabila saya lafazkan kalimah syahadah. Sebelum ini, saya bukan sahaja penganut Kr1stian, tapi aktif dalam pemimpin belia di gerɛja.
“Awalnya agak sukar kerana saya orang pertama dalam keluarga yang peluk Islam. Tapi saya berdoa kepada Allah supaya dapat cari keberanian kerana saya betul-betul nak mengenali Islam.
“Emosi saya bercampur-baur selepas memeluk Islam. Tapi saya rasa lebih selamat dan dihormati apabila berhijab. Saya tak pernah bayangkan akan memakai hijab. Kali pertama pakai, saya terus menangis.
“Perjalanan ini sudah tentu sukar, tapi ia juga agak mudah. Ramai orang sekeliling membantu bagi memastikan urusan saya lancar untuk menyesuaikan diri sebagai orang Islam,” ujar anak sulung daripada empat beradik itu.
Bercerita mengenai Ramadan, Haifaa berkata dia baru sahaja belajar untuk berpuasa sejak memeluk Islam dan tidak sabar untuk meraikan Aidilfitri buat pertama kali pada tahun ini.
“Saya anak sulung daripada empat beradik. Sejak umur 15 tahun saya datang ke Manila untuk belajar. Saya jauh daripada keluarga.
“Saya juga masih baru dengan semua ini. Mungkin saya akan sertai sambutan Aidilfitri di masjid. Saya juga menjalani ibadah puasa sejak memeluk Islam,” ujarnya lagi.
Mengulas video kisah hidupnya yang meraih hampir sejuta tontonan di TikTok, Haifaa akui tersentuh apabila dia dihujani doa netizen dari pelbagai negara, termasuklah Malaysia.
“Saya berbesar hati dengan sokongan yang diterima, saya rasa nak menangis kerana dialu-alukan dengan baik. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
“Sokongan yang diberi membuatkan saya yakin bahawa saya tak sendiri dalam perjalanan ini. Ramai juga yang mesej, mereka kata nak bantu saya mendalami Islam.
“Ramai yang memberikan sokongan di TikTok. Sebelum video itu viral, saya juga ada meminta nasihat daripada seorang content creator Islam. Dia yang beri nama baharu saya,” ujarnya lagi.
Sumber mstar.