Luluh ibu buat pengecaman jasad, ” Hassanuddin lemas bergegas lewat untuk berkerja ”


M4yat seorang kru kapal layar yang hilang dipercayai terjatuh dari bot yang dinaikinya di perairan Kuah ditemukan oleh orang awam pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemukan m4ngsa, Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 23, pada pukul 7.15 pagi tadi.

Pada lebih kurang pukul 7.15 pagi, kita ada menerima makluman daripada orang awam bahawa terdapat satu m4yat yang ditemui terapung kira-kira 1.5 batu nautika daripada lokasi m4ngsa dikatakan terjatuh.

Pihak bomba (JBPM) telah ke lokasi bersama-sama dengan Pasukan Polis Marin (PPM) untuk membawa balik mangsa ke Jeti Dato’ Syed Omar, katanya kepada sidang media di Jeti Dato’ Syed Omar, Kuah, di sini, hari ini.

Shariman memberitahu, ketika ditemui, m4yat mangsa masih berpakaian lengkap dan pengec4man m4yat m4ngsa dilakukan oleh ibu m4ngsa, Norhayati Saad, 60.

M4ngsa Hassanuddin berasal dari Alor Setar ketika kejadian beliau sedang bekerja dengan Kapal Sunset, Sebelum ini beliau bekerja krew Syarikat Dragon ferry.

Bapa kepada pemuda yang dikhuatiri hilang di laut selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan ini pada semalam berharap anaknya itu dapat ditemui segera

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, mangsa dilaporkan hilang selepas dikatakan cuba mengejar sebuah kapal layar menggunakan bot kecil.

M4ngsa yang merupakan kru kapal layar tersebut dikatakan terlewat menaiki kenderaan berkenaan yang berlayar kira-kira pukul 4.30 petang.

Bapa kepada Ahmad Nur Hassanudin, Ibrahim Majid, 68, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian menimpa anaknya itu daripada adiknya kira-kira pukul 6 petang semalam.

Saya dan ahli keluarga yang tinggal di Alor Setar terus ke Langkawi pada pagi ini, Setakat ini anak saya belum ditemui lagi,katanya ketika ditemui di Jeti Syed Omar di Kuah di sini hari ini,Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan mangsa adalah pada Ahad lalu.Al fatihah.