Semua yang ‘dalam kain’ disebut, ramai malu dengar TikToker bertudung mencarut


Kehadiran ramai TikToker yang menyajikan pelbagai konten di aplikasi tersebut sememangnya berjaya melonjakkan nama sesetengah daripada mereka.

Ada diantara mereka telah berjaya menjadi founder produk, penyanyi, pelakon dan juga influencer hasil daripada populariti yang dikecapi menerusi aplikasi berkenaan.

Namun, ada juga yang telah bergelar ‘selebriti’ namun menunjukkan sikap yang kurang baik sehingga membuatkannya lebih ramai haters berbanding yang menyokong.

Yang dengar pula malu

Dalam satu perkongsian yang tular di Twitter, video seorang TikToker dikenali sebagai Ratu Farah Diva telah menjadi perdebatan ramai apabila sikapnya yang dikatakan kurang sopan dan tidak menunjukkan imej seperti seorang wanita muslimah.

Semua dalam kain disebutnya

Video yang peroleh dari TikTok Sugeh Resort itu menunjukkan Ratu sedang mencuba aktiviti ekstrem iaitu flying fox dengan mulutnya tidak henti-henti mengeluarkan carutan yang menyebut bahagian-bahagian privasi lelaki serta perempuan.

Tindakan mengeluarkan kata-kata kotor itu seperti sudah biasa diucapkan kerana terlihat begitu lancar sekali sehingga petugas yang ingin membantunya untuk memulakan aktiviti tidak mampu berbuat apa-apa.

Perkara terbabit telah mendapat perhatian ramai sehingga pelbagai kecaman diterima oleh TikToker tersebut.

Tak pula pelat

Kebanyakan mereka memerli wanita berkenaan kerana dilihat langsung tidak pelat sedangkan sebelum ini dia mengaku dirinya sukar menyebut beberapa huruf.

Ada juga berasa meluat mendengar semua yang diucapkan oleh TikToker itu memandangkan langsung tidak ada perkara baik yang keluar dari mulutnya sedangkan berada dalam keadaan panik kerana ingin mencuba aktiviti ekstrem.

 

Lancar sungguh mencarut

Nampak sangat dah biasa sebut benda2 tu

Apa yang diucap tu sebenarnya dari hati

Abang yang nak explain pun terdiam dengar

Bayangkan kalau tu perkataan terakhir dia sebut sebelum ‘pergi’

Sumber: TikTok @sugehresort, Twitter @MALAYSIAVIRALL